Rose to Rose, Dari wanita untuk wanita :)
Dalam menjalankan kempen "Save Palestine", kami memfokuskan kpd projek Rose-to-Rose (Rose2rose) yang mana merupakan Projek Pusat Komuniti Wanita Palestin yang diberi nama “Rose Al-Aqsa” atau “لاقصى١ وردة”. Wanita merupakan asas kepada sebarang perubahan dalam masyarakat. Golongan wanita di Palestin khususnya, memerlukan perhatian utama dalam pembangunan kehidupan keluarga termasuk diri mereka sendiri. Kepungan yang berlaku ke atas Gaza memberi tekanan dan kesan langsung kepada golongan wanita. Mereka merupakan tulang belakang kepada pemimpin keluarga. Kekurangan makanan, pakaian dan kelemahan pembangunan ekonomi di Palestin memberi impak yang tinggi kepada wanita.

Aqsa Syarif Berhad mengambil peranan ini dalam menyampaikan sumbangan rakyat Malaysia kepada rakyat Palestin termasuk wanita.Sumbangan dalam bentuk penyediaan keperluan tempat dan pengurusan kewangan bagi projek-projek yang akan dijalankan telah dipilih melalui kerjasama bersama badan bukan kerajaan di Palestin. Projek ini merupakan salah satu projek yang masih kurang diwujudkan di Semenanjung Gaza.
Projek ini meliputi
- Pemulihan dan penyediaan latihan wanita termasuk kemahiran kraf, menjahit dan beberapa industri makanan serta, pemerkasaan wanita dalam masyarakat dan ini dapat mengukuhkan mereka dalam sudut tersebut.
- Pusat komuniti wanita yang disediakaan akan memberi galakan untuk bersaing dalam bidang sains dan praktikal bagi membantu keluarga dan mereka sendiri dalam pembangunan ekonomi negara.
- Menyediakan ruang pemulihan kepada graduan universiti wanita dan peluang-peluang latihan diperingkat institusi tempatan dan pada masa yang sama, ia dapat menghapuskan dan mengurangkan kadar pengangguran.
Projek ini akan dilaksanakan sepanjang tahun dan dibahagikan kepada tiga peringkat yang ditadbir dan diselia oleh unit pengurusan projek di Malaysia dan Palestin. Kos keseluruhan pusat komuniti ini melibatkan sejumlah amaun kira-kira RM 300,000.00 berdasarkan nilai pasaran semasa terhadap kos bahan dan kos lain-lain.
Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing! ayoh.. mari menderma ^__^
No comments:
Post a Comment